Terima kasih kerana memilih LeadTrack Pro. Fokus utama kami adalah memastikan keselamatan dan kerahsiaan pangkalan data (database) anda.
1. Kerahsiaan Data & Pemilikan Mutlak
Segala data prospek (leads), maklumat pelanggan, dan rekod interaksi yang dimasukkan ke dalam sistem ini adalah hak milik mutlak anda. Pihak Pengurusan LeadTrack Pro tidak mempunyai hak untuk menggunakan atau menyentuh pangkalan data anda.
2. Polisi Anti-Perkongsian (Non-Disclosure)
Kami memberi jaminan bahawa data pelanggan anda TIDAK AKAN dijual, disewa, didedahkan, atau dikongsi dengan mana-mana pihak ketiga untuk apa jua tujuan komersial.
3. Pengecualian Integrasi Sistem
Pengecualian hanya diberikan apabila terdapat keperluan integrasi fungsian sistem (seperti Fonnte API untuk automasi WhatsApp atau pangkalan data Firebase) semata-mata bertujuan untuk memastikan automasi sistem anda berfungsi dengan jayanya.
4. Keselamatan Pangkalan Data
Kami menggunakan infrastruktur keselamatan standard industri untuk melindungi maklumat anda. Anda bertanggungjawab sepenuhnya untuk menjaga kerahsiaan kata laluan akaun anda.